28.12.13

Kaki Pemburu, Unik


Burung hantu mempunyai empat jari di setiap kakinya. Dua jari menuding ke depan, satu jari menuding ke belakang. Bagaimana yang satu lagi? Inilah yang unik tentang kaki burung hantu. Satu jarinya boleh diubah menuding ke depan atau ke belakang. Kalau ingin singgah di dahan, dua jari menuding ke depan dan dua lagi ke belakang. Dengan cara ini, burung hantu dapat berpegang dengan kuat di dahan. Bila burung hantu menangkap mangsanya, jari ke empat dilaras supaya setiap jarinya tersebar ke semua arah. Tiada ruang untuk mangsa melepaskan diri.

Di hujung setiap jarinya terdapat kuku atau talon yang amat tajam. Satu tikaman, kulit dan isi pasti tembus. Ingat, bila kendalikan burung hantu… pakai sarung tangan kulit yang tebal.



Each barn owl foot has four claws. Two front claws, one back claw. The other one is reversible. This claw is used as back claw during perching. It is adjusted accordingly when the owl grips its victim.
Remember that owl's talons are razor sharp. Always wear thick gloves when handling the bird.

Burung Hantu Sahabat Kita



Sebenarnya burung hantu adalah sahabat kita. Ia hidup memakan tikus, cencorot, serta lain-lain mamalia kecil yang menjadi haiwan perosak. Burung hantu lebih cekap memburu jika dibandingkan dengan kucing. Seekor burung hantu dapat membunuh lebih banyak tikus jika dibandingkan dengan seekor kucing. Ini kerana ia memburu dari udara.



Barn owls are our friends. They feed on rats and other small mammals which are pests. Barn owls are more efficient hunters compared to cats. A single barn owl kills more rats than a single cat because they hunt from the air.